Hari ini genap sebulan Mudir meninggal kami semua
Alhamdulillah asatizah dan para pelajarnya masih bersemangat
demi mudir, mereka meneruskan sedaya upaya perjuangan
walau tanpa beliau di sisi, tapi kerana budinya kami teruskan jua
Ya Allah, kami rindu mudir kami ini
Kami rindu kehadirannya di madrasah
Kami rindu mendengar nasihat dari beliau
Kami rindu dibakar semangat belajar oleh beliau
Ya Allah, rahmatilah beliau
Ya Allah, biarlah beliau rehat di sana
Ya Allah, permudahkan hisabnya
Ya Allah, berilah beliau FirdausiMu
Ya Allah, semoga kami dapat berjumpa beliau lagi di sana..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin