بسم الله الرحمن الرجيم
![]() |
| Allah |
Bila kita menghadapi masalah, pulang lah padaNya. Allah dengan kasih sayangNya tidak akan membiarkan umat Islam terhina. Perasaan takut segera berganti dengan ketenteraman, harapan menjadi kenyataan, musuh yang pada mulanya kuat, beransur-ansur menjadi lemah. Jangan biarkan syaitan dan nafsu menguasai jiwa anda, yang dapat menggugat hubungan anda dengan Allah SWT. Kuasai dan bebaskan jiwa anda dengan banyak beribadah, berzikir dan mendalami ayat-ayat al-Quran. bersabarlah dalam menjalani ketaatan dan setiap kali selepas menunaikannya mohonlah apa yang anda inginkan. berdoalah agar dijauhkan daripada bencana dan dimudahkan dalam setiap perkara kerana Dialah tempat berharap dan tempat bermohon
Aku memilihMu untuk ku letakkan harapanku
Aku, hamba yang zalim benar-benar takut kepedaMu
Aku memohon kepadaMu kerana sesungguhnya aku tahu
Engkau cinta kepada hamba yang meminta kepadaMu
Aku pasrahkan semua urusanku setelah berdoa
Kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana
Jika berkenan, maafkanlah dosa-dosaku
Ampunkan aku wahai Yang Maha Pencinta
Inilah doa yang Engkau sahaja berhak menerimanya
Engkau anjurkan hamba-hambaMu yang berbakti agar berdoa
Engkau yang berkata "Janganlah berputus asa"
Kepada hambaMu yang terlanjur
[Terapi Patah Hati : ms 43-44

