...يوم بعد يوم
Blog written by sister Nur Atiqah Osman. May everything written in this site is beneficial for all.
Thursday, August 6, 2015
"Ilmu itu adalah untuk kita lebih mengenal Allah..." - itulah kata-kata ustazah yang masih saya ingat walau sudah bertahun.
Ilmu... sesetengah pihak mencari ilmu semata-mata untuk lulus peperiksaan dan mendapat keputusan cemerlang kerana ingin mendapatkan kerjaya yang baik. Kejayaan bagi mereka ialah mendapat kerjaya yang berpendapatan tinggi supaya mereka dapat berseronok dan 'enjoy this life'. Tapi adakah itu tujuan kehidupan kita?
Bayangkan jika duitlah keutamaan hidup? Setiap hari tujuan kita pergi kerja, makan, balik kerja, akhir bulan dapat gaji. Duit yang kita dapat kita belanja, bayar bil-bil, bila duit surut tunggu duit masuk lagi. Dan seterusnya....
Remember we dont live just to go to work, spend money and DIE. Its more than that.
Thursday, December 18, 2014
Kalam Mutiara dari Ustazah Alina
Ijtima bersama Ustazah Alina AlMunawwar pada 30th Nov 2014 [1/2]:
- Dakwah itu harus ketepikan perasaan sendiri, yang berhubungan dengan diri sendiri. Tapi yang berhubungan dengan syariat, kita kena ada perasaan tidak terima bila syariat Allah diinjak-injak. Kita yang harus membelanya
- Dakwah tidak semestinya berbicara, tapi dengan hal kita, dengan menghidupkan sunnah-sunnah Baginda saw
- Kita ini akan dipandang orang, dinilai dari gerak-geri kita. Hatta cara duduk kita, cara berbicara, cara bermuamalah kita dinilai orang. Kerana tidak semua orang itu boleh berhusnuzzon. Jadi hati-hati!
- Kadang yang jatuhkan diri kita sendiri ialah diri kita sendiri hanya kerana kata-kata kita yang sebenarnya tak perlu diucapkan
- Hati-hati jika orang sudah mula iqbal pada kita. Ini adalah ujian besar dan kita harus benar-benar mujahadatun nafs kerana jika orang idbar dengan kita, kita lebih senang untuk ikhlas
- Dakwah itu bukan sebuah profesi tapi ia adalah kerja akhirat
- Orang yg hebat itu bkn yang tak perna salah, org yg sukses tak semestinya tk pernah jatuh tp setiap kali mereka jatuh mereka bangkit dn tk perna putus asa (ولا تيأسوا من رحمة الله)
- Ilmu itu tak bermanfaat klw bkn untuk perbaiki diri
- Ilmu yng kita ambil sebenarnya tujuannya untuk sampaikn kita pd Allah
Sunday, November 23, 2014
Bumi barakah penuh mutiara bernama TARIM
"TARIM”. Nama yang sentiasa segar di hati. Bumi barakah
warisan para ulama’ yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan indah bagi
sesiapa yang menjejakkan kaki di sana. Begitu juga dengan saya yang
berkesempatan untuk merasai pengalaman dowrah selama 40 hari di Tarim. Tambahan
lagi, saya dan teman-teman lain diberi peluang untuk belajar di sana sepanjang
bulan Ramadhan dan 14 hari pertama pada bulan Syawal. Nikmatnya! Walaupun cuma
40 hari di sana, namun ilmu dan pengalaman berharga yang diraih terlalu banyak
untuk disebut satu persatu.
Jika bertanya tentang keselesaan, tempat tinggal kami tidaklah
mewah seperti di tanah air. Walau bagaimanapun, ia cukup selesa untuk dijadikan
tempat penginapan, malah disediakan kemudahan seperti alat hawa dingin serta
mesin basuh baju (walaupun cuma satu untuk serumah) yang kami gunakan secara
bergilir mengikut turutan masing-masing. Tambahan lagi, jarak antara sakan - iaitu tempat tinggal kami- dengan Dar
Az-Zahra’ hanya seminit sahaja. Selain itu, walaupun kami agak terbatas untuk
keluar melainkan mendapat izin daripada musyrifah, untuk barang
keperluan kami seperti pertukaran wang, membeli sabun, makanan snacks, kitab, kad prabayar dan
macam-macam lagi, semuanya boleh didapati dalam bangunan Dar az-Zahra’ itu
sendiri.
Sebaik sahaja sampainya kami di Tarim, perkara pertama yang
memberi kesan pada saya ialah semangat para penduduknya dalam mengejar nikmat
akhirat. Semangat kental dan kesibukan para ahli Tarim untuk menghidupkan
malam-malam Ramadhan dan memohon keredhaan Allah SWT membuatkan malam terasa
bagaikan siang. Suasana indah Ramadhan sentiasa dimeriahkan dengan amalan
menghadiri kelas, beriktikaf , berzikir dan ibadah lainnya. Paling tidak dapat
dilupakan ialah solat Terawih berimamkan Habib Umar! Walau pada mulanya kami
rasa agak tercabar kerana lamanya Terawih tetapi kami tekad untuk istiqamah.
Malah, ini antara yang sangat kami rindukan setelah perginya Ramadhan. Bacaan
qunut ketika solat Witr beliau pula benar-benar menyentuh jiwa sehingga
membuatkan para jemaah - termasuklah kami - mengalir airmata syahdu walaupun
kami tidak begitu mahir dalam Bahasa Arab. Rutin kebiasaan kami di bulan
Ramadhan ialah bacaan wirid sambil menunggu azan Maghrib berkumandang. Kemudian
berbuka dengan makanan ringan sebelum meneruskan langkah ke dewan solat untuk
berjemaah. Seterusnya dilanjutkan pula dengan solat qada’ Maghrib, solat Tasbih
dan solat-solat sunat lain selepas Maghrib. Setelah selesai solat sunat,
barulah kami dihidangkan dengan nasi Arab yang disediakan oleh Darul Mustafa.
Kami memang menikmati kemanisan Ramadhan di bumi Tarim. Teringat
saya akan pengalaman pertama di mana kami semua menunggu pengumuman
tentang ketibaan Syawal di musollah setelah selesai solat isya’. Jika esok
Raya, maka kami akan takbir beramai-ramai. Jika berlaku sebaliknya, maka kami mendirikan
solat Terawih. Masih terngiang lagi di telinga saya saat teman-teman berbisik,
"Harap-harap besok belum raya." Ramadhan di sana terasa seronok
kerana masing-masing sibuk mengejar tujuan yang sama iaitu meraih keredhaan
Allah SWT, apatah lagi bila teman-teman sendiri yang memberi semangat untuk
sama-sama mengejar pahala berganda. Maka, saat Habib mengumumkan bahawa esok
belum tiba bulan Syawal, sambil tersenyum kami ucapkan,
"Alhamdulillah". Suatu pengalaman yang sukar kita dapatkan di tanah
air.
Sepanjang tempoh berada di sana, kami benar-benar berasa kagum
bila melihat cara mereka mengajar anak-anak didik tentang Sayyidina Nabi Muhammad
ﷺ
dan puteri baginda, Sayidatina
Fatimah az-Zahra’ dengan penuh penghayatan dan kecintaan. Di situlah saya mula
mengenal hakikat cinta. Tidak pernah saya menjumpai suatu tempat selain di Dar
az-Zahra’ di mana orang memanggil Sayidatina Fatimah dengan panggilan Ummina Sayidah Fatimah. Ummi yang membawa maksud ibuku. Suatu
panggilan yang pasti akan membuatkan seseorang terasa tenang dan dekat di hati.
Di sana kami diajar begitu terperinci tentang peribadi dan kisah Sayidah
Fatimah. Jika disuruh bercerita tentang puteri baginda, banaat (para pelajar
wanita) Dar az-Zahra’ pasti gembira berkongsi ilmu tentang beliau. Malah pada
hari-hari terakhir kami di sana, terdapat dars (pengajian) yang diajar oleh
Ustazah Umm Ali, puteri Habib Umar yang mengajar kami tentang Sayidah Fatimah.
Walaupun dowrah kami selama 40 hari sahaja namun nikmat keberkatan
dari didikan para ulama’ memang ketara. MasyaAllah! Saya dan teman-teman lain
berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana berpeluang menadah ilmu dari Habib
Umar, Hubabah Umm Salim, Ustazah Umm Ali serta para habaib dan asatizah yang
lain. Selain menghadiri kelas, kami juga secara tidak langsung belajar tentang
kepentingan adab daripada tingkah laku serta tutur bicara para banaat dan asatizah di sana yang mencerminkan
kemuliaan akhlak Sayidah Fatimah. Keikhlasan mereka dalam berkhidmat, husnuzzon (sangka baik) mereka terhadap
semua saudara, istiqamah mereka dalam amalan amr ma'ruf nahi mungkar, sifat haya’ (malu) mereka yang sentiasa terjaga,
rasa hormat mereka pada sesiapa sahaja, kesemuanya kelihatan indah dan sungguh
mengagumkan.
Syawal di sana juga tidak kurang meriahnya. Pada pagi raya, kami
mengenakan pakaian yang elok dan hadir ke musollah untuk takbir beramai-ramai
dan melakukan solat sunat Eid yang diimamkan Ustzh Umm Ali. Kemudian kami bermusafahah
dengan semua hadirat dari kalangan banaat Dar, peserta dowrah dan
penduduk Tarim dan saling mengucapkan "Eid Mubarak" dan "Selamat
Hari Raya". Setelah hari pertama Syawal, amalan ahli Tarim ialah
mereka akan kembali berpusa, membuat kami juga tidak mahu ketinggalan merebut
pahala puasa enam.
Menyentuh tentang hiburan di Tarim pula, kehidupan kami di sana
tidaklah 24 jam dengan belajar, wirid dan solat sahaja. Ada juga waktu-waktu
seronoknya di sana tetapi sudah semestinya berlandaskan hukum syari’at. Kadang
kala mereka akan mengadakan maulid, aktiviti qasidah, musabaqah
nasyid dan sebagainya. Dan di sana, setiap aktivti yang diadakan pasti
dilakukan bersama. Kami mengalunkan wirid bersama, hadir kelas bersama, bangun
untuk bertahajud bersama, makan bersama, solat pun pastinya secara berjemaah.
Memang terasa kemanisan jalinan ukhuwah di Tarim. Hatta sekiranya ada diantara kami
yang tertinggal solat berjemaah pertama, pasti ada di kalangan banaat yang sudi membantu mereka mengejar
pahala dalam solat berjemaah yang kedua.
Tentang keluar bersia-siar, memang kami pelajar perempuan agak
terbatas untuk keluar jalan-jalan tetapi sebenarnya ada juga waktu-waktu yang
kita dibenarkan untuk keluar berziarah. Antara tempat yang sempat kami kunjungi
ialah Zanbal, masjid-masjid di sana, beberapa maqam auliya’ yang berdekatan
seperti maqam Imam Al-Muhajir, maqam Syeikhah Sultanah, maqam Habib Ali
Al-Habsyi dan maqam Syeikh Abu Bakr Bin Salim. Kami juga sempat menziarahi
maqam Nabi Hud A.S. Selain itu, kami juga menziarahi Habib Salim Asy-Syatiri
dan Umm Habib Umar.
Pengalaman peribadi yang paling terkesan buat diri saya sendiri
ialah menginap di Dar Az-Zahra’ pada minggu terakhir dowrah kami di Tarim
iaitu di bulan Syawal. Itu merupakan saat-saat yang paling bahagia kerana
terasa seakan-akan menjadi pelajar di sana. Sebelum ini, kami harus menginap di
sakan disebabkan di Dar Az-Zahra’ sudah ramai. Oleh itu, sewaktu kami berpindah
dari sakan, suasana
meriahnya seperti berada di kampung halaman yang sinonim dengan semangat
bergotong-royong. Banaat di sana bergotong-royong membantu kami
mengangkatkan bagasi-bagasi berat kami ke tingkat tiga, tempat di mana kami
akan menginap. Di sana, kami dapat merasakan kehidupan seperti pelajar di sana
dan dapat menikmati futur (sarapan) dan ghada’ (makan tengahari) seperti banaat Dar, berbeza dengan keadaan kami
semasa berada di sakan di mana kami hanya makan apa sahaja
bekalan stok yang kami ada.
Pada hari keberangkatan pulang, hati kami berasa begitu berat
untuk meninggal Dar Az-Zahra'. Selepas subuh, kami tidak seceria hari-hari
lain. Basah pipi kami dengan airmata saat bersalaman dan mengucapkan selamat
tinggal pada teman-teman di sana. Sedih yang teramat sangat harus berpisah
dengan tempat yang banyak mendidik kami itu. Tidak dapat digambarkan kesedihan
di hati-hati kami pada saat itu tapi kami sangat bersyukur dipilih oleh Allah
untuk datang ke bumi barakah ini.
Segala pengalaman indah di bumi Tarim membuatkan saya semakin
rindu untuk pulang ke sana. Saya berharap agar suatu hari nanti, saya dapat
kembali ke sana dan belajar untuk menjadi Muslimah yang bukan sahaja berilmu
tetapi kaya dengan adab dan akhlak. Ya
Tariim wa ahlahaa.
Yang merindui Tarim dan ahlinya,
Atiqah Osman
Saturday, February 23, 2013
Redha akan takdir ku bukan di sana
"Kalau awak masuk PreU, da graduate dengan kawan-kawan"
Kata-kata yang tajam nya menusuk qalbu.. kini, aku cemburu dengan mereka
Aku cemburu Ya Allah
Melihat mereka mengenakan jubah ungu muda itu
Aku cemburu Ya Allah
Mendengar mereka berbual tentang subjek ukhrawi
Aku cemburu Ya Allah
Melihat mereka rapat dengan para asatizah
Aku cemburu ya Allah
Melihat ukhuwah mereka dengan adik-adik
Aku cemburu Ya Allah
Mereka telah menamatkan pengajian
Aku cemburu Ya Allah
Mereka akan lanjutkan pengaijan ke bumi Anbiya
Aku cemburu Ya Allah
Ya Allah, tapi takdir ku buakn di sana
Aku tahu pasti ada hikmah aku ditakdirkan melanjutkan pengajian di sini
dan buakn di sana
Ya Allah, bukan kah Engkau yang telah menggerakkan hatiku untuk ke sini
Oleh itu, aku serahkan uruskan padaMu Wahai yang Maha Agung
Ya Allah, teruslah membimbing diri ini
Jaga lah langkah ku di jalan yang sudah menjadi ketentuanMu ini
-setahun lagi sebelum saya pula graduate! :'D
Kata-kata yang tajam nya menusuk qalbu.. kini, aku cemburu dengan mereka
Aku cemburu Ya Allah
Melihat mereka mengenakan jubah ungu muda itu
Aku cemburu Ya Allah
Mendengar mereka berbual tentang subjek ukhrawi
Aku cemburu Ya Allah
Melihat mereka rapat dengan para asatizah
Aku cemburu ya Allah
Melihat ukhuwah mereka dengan adik-adik
Aku cemburu Ya Allah
Mereka telah menamatkan pengajian
Aku cemburu Ya Allah
Mereka akan lanjutkan pengaijan ke bumi Anbiya
Aku cemburu Ya Allah
Ya Allah, tapi takdir ku buakn di sana
Aku tahu pasti ada hikmah aku ditakdirkan melanjutkan pengajian di sini
dan buakn di sana
Ya Allah, bukan kah Engkau yang telah menggerakkan hatiku untuk ke sini
Oleh itu, aku serahkan uruskan padaMu Wahai yang Maha Agung
Ya Allah, teruslah membimbing diri ini
Jaga lah langkah ku di jalan yang sudah menjadi ketentuanMu ini
-setahun lagi sebelum saya pula graduate! :'D
Friday, August 31, 2012
Berkat Majlis Ilmu
Bismillah
Alhamdulillah :) Pengajian Syamail Muhammadiyah telah bermula semula setelah bercuti sebulan untuk Ramadhan.
Allah.. berat rasanya nak pergi td. Badan hari ini mmg lemah, badan mula panas, kepala mula sakit, tapi....saya tetap hadir sebab.. Cita-cita saya menjadi seorang murid yang tak pernah tak dtg pengajian =D dan pastinya impian saya ingin bertemu dengan Sayidina wa Habibina Muhammad (sollallahu'alaihi wasallam) Lagi pun, sudah beberapa kali sebenarnya diri ni kurang sihat dan Alhamdulillah majlis ilmu adalah syifaa' bagi saya. Jadi, hari ini, saya hadir dan berharap supaya sekali lagi Allah kurangkan sakit dengan berkat majlis ilmu.
Allahu Akbar, pulang dari pengajian, panas badan berkurangan,kepala sudah kurang sakit, badan rasa semakin sihat! Alhamdulillah!! Kalau lah saya tidak pergi, pastinya rugi. mana tidaknya, Ustaz hari ini ajar hingga habis 1 fasal. =)))
Jadi kawan2, klw rasa kurang sihat, fikir dua kali untuk tidak menghadirinya.
Alhamdulillah :) Pengajian Syamail Muhammadiyah telah bermula semula setelah bercuti sebulan untuk Ramadhan.
Allah.. berat rasanya nak pergi td. Badan hari ini mmg lemah, badan mula panas, kepala mula sakit, tapi....saya tetap hadir sebab.. Cita-cita saya menjadi seorang murid yang tak pernah tak dtg pengajian =D dan pastinya impian saya ingin bertemu dengan Sayidina wa Habibina Muhammad (sollallahu'alaihi wasallam) Lagi pun, sudah beberapa kali sebenarnya diri ni kurang sihat dan Alhamdulillah majlis ilmu adalah syifaa' bagi saya. Jadi, hari ini, saya hadir dan berharap supaya sekali lagi Allah kurangkan sakit dengan berkat majlis ilmu.
Allahu Akbar, pulang dari pengajian, panas badan berkurangan,kepala sudah kurang sakit, badan rasa semakin sihat! Alhamdulillah!! Kalau lah saya tidak pergi, pastinya rugi. mana tidaknya, Ustaz hari ini ajar hingga habis 1 fasal. =)))
Jadi kawan2, klw rasa kurang sihat, fikir dua kali untuk tidak menghadirinya.
Sunday, July 8, 2012
Kerinduan
Bismillah
Apa itu rindu?
Rindu itu adalah suatu perasaan di mana diri seseorang itu sangat ingin dan berharap benar terhadap sesuatu.Rindu membuat kan seseorang teringat-teringatkan seseorang/sesuatu itu.
Kadang menangis,resah, tak tenteram
Saya dilanda kerinduan sekarang. Mana tidaknya, bulan ini banyak betul majlis-majlis ilmu diadakan tetapi hanya satu saja yag dapat saya hadir,itupun kerana ia diadakan di madrasah saya, jadi saya menghadirinya dengan niat mendapat ilmu dan pada masa yang sama menziarahi para asatizah dan guru-guru,
Baru-baru ini, Singapura dihujani hujan rahmat dengan kedatangan Habib Syech, Habib Najib, Habib Hussein, Habib Muhammad Ja'far, Habib Kazim, Ustaz Kazim, dan ramai lagi. Allah Allah Allah.. Semoga dengan kedatangan mereka membawa keberkatan pada bumi Singapura Allah! :')
Ya Allah,
Airmata yang jatuh ini menjadi saksi
bahwa Aku ingin sekali menghadiri majlis2 ilmu
tapi, tangan yag bekerja ini juga menjadi saksi
bahwa aku melaksanakan tugasan bukan bersenang-senang
Ya Allah,
Airmata yang jatuh lagi ini menjadi saksi
bahwa aku sangat ingin menziarahi guru-guruku
tapi, kaki yang berjalan ini menjadi saksi
bahwa aku berjalan menimba ilmu bukan bersantai
Apa itu rindu?
Rindu itu adalah suatu perasaan di mana diri seseorang itu sangat ingin dan berharap benar terhadap sesuatu.Rindu membuat kan seseorang teringat-teringatkan seseorang/sesuatu itu.
Kadang menangis,resah, tak tenteram
Saya dilanda kerinduan sekarang. Mana tidaknya, bulan ini banyak betul majlis-majlis ilmu diadakan tetapi hanya satu saja yag dapat saya hadir,itupun kerana ia diadakan di madrasah saya, jadi saya menghadirinya dengan niat mendapat ilmu dan pada masa yang sama menziarahi para asatizah dan guru-guru,
Baru-baru ini, Singapura dihujani hujan rahmat dengan kedatangan Habib Syech, Habib Najib, Habib Hussein, Habib Muhammad Ja'far, Habib Kazim, Ustaz Kazim, dan ramai lagi. Allah Allah Allah.. Semoga dengan kedatangan mereka membawa keberkatan pada bumi Singapura Allah! :')
Ya Allah,
Airmata yang jatuh ini menjadi saksi
bahwa Aku ingin sekali menghadiri majlis2 ilmu
tapi, tangan yag bekerja ini juga menjadi saksi
bahwa aku melaksanakan tugasan bukan bersenang-senang
Ya Allah,
Airmata yang jatuh lagi ini menjadi saksi
bahwa aku sangat ingin menziarahi guru-guruku
tapi, kaki yang berjalan ini menjadi saksi
bahwa aku berjalan menimba ilmu bukan bersantai
Sunday, June 10, 2012
Cinta itu..
Cinta itu fitrah. Maka tidak salah lah jika seorang hanba itu bercinta.
Hanya sahaja, cinta itu haruslah dibimbing di jalan yang diredhai Allah
Agar kedua pasangan itu akan terbimbing olehnya untuk bertambah cinta pada Allah dan Rasulullah.
Hanya sahaja, cinta itu haruslah dibimbing di jalan yang diredhai Allah
Agar kedua pasangan itu akan terbimbing olehnya untuk bertambah cinta pada Allah dan Rasulullah.
Wednesday, May 23, 2012
Hardships in life
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, All praise is to Allah for still blessing me with His Mercy
Alhamdulillah, many things happened since i last updated this blog.
I thank Allah for all the tasks given to me since then.
Many happy moments, difficult moments too. Not all tasks run smoothly as planned.
I thank Allah for all the tasks given to me since then.
Many happy moments, difficult moments too. Not all tasks run smoothly as planned.
There are difficulties, obstacles, hardships etc. But Allah is with the patient ones :')
Subhanallah..
But these diificulties is nothing compared to the blessings
He gave to all this while..to this servant of His who done many wrongs
There are just too many blessings from Him that i'm ashamed
to complain and tell the difficulties I'm facing to others
until and unless I really need to speak to someone about it.
so, to those that I trust can understand me,
can help me, can keep it mum.. You are the chosen one!
Donnt ever break my trust for you k!
thanks! :'D
“Allah puts no burden on any person beyond what He has given him.
Allah will grant after hardship, ease.”
Al- Quran [at-Talaaq, 65:7]
Allah will grant after hardship, ease.”
Al- Quran [at-Talaaq, 65:7]
“Surely with every difficulty there is relief.
Surely with every difficulty there is relief.”Al- Quran [Shrah, 94:5-6]
Surely with every difficulty there is relief.”Al- Quran [Shrah, 94:5-6]
“Do you think that you will enter Paradise without any trials
while you have known the examples of those who passed away before you?They were afflicted with suffering and adversity
and were so violently shaken up that even
the Messenger and the believers with him cried out:
“When will Allah’s help come?”
Then they were comforted with the words,Be aware! Allah’s help is ever close.
[Al-Baqarah - 2:214]
while you have known the examples of those who passed away before you?They were afflicted with suffering and adversity
and were so violently shaken up that even
the Messenger and the believers with him cried out:
“When will Allah’s help come?”
Then they were comforted with the words,Be aware! Allah’s help is ever close.
[Al-Baqarah - 2:214]
“We shall surely test your steadfastness with fear and famine, with loss of property, life and produce.Give good news to those who endure with patience; ¤
who, when afflicted with calamity, say: “We belong to Allah and to Him we shall return.” ¤
Such are the people on whom there are blessings and Mercy from Allah;
and they are the ones that are rightly guided.
[Al-Baqarah, 2:155-157]
who, when afflicted with calamity, say: “We belong to Allah and to Him we shall return.” ¤
Such are the people on whom there are blessings and Mercy from Allah;
and they are the ones that are rightly guided.
[Al-Baqarah, 2:155-157]
O Allah, guide me through this journey..make me strong..
There's nothing more important than your blessing ya Rab!
Sunday, March 25, 2012
MWTI in The X-Factor 2009
Bismillah
Zumro and Zahra!! Alhamdulillah.. Kenangan 2009 bersama Cikgu Isa dan Cikgu Sufi.. The article below published in The Straits Times Newspaper yo! Subhanallah..Eventhough we didnt win any prizes,syukr lillah that we are among the chosen one to be featured in the newspaper article! Alhamdulillah :D
| The X Factor, The Straits Times, Saturday, 19 September 2009, Page D10 |
| Date of Release : 19 Sep 2009 |
Students competed to create the best science projects at the Amazing Science-X Challenge (ASXC). The competition kicked off earlier this week, with 71 teams from 24 schools - primary to tertiary level - taking part. Cash prizes of up to $2,000 will be awarded to the best projects today. The 12 best exhibits will be on display at the Science Centre Singapore until Oct 3. Amresh Gunasingham looks at some of the highlights.
Predicting weather with liquid
Storm Glass
Who: Secondary 3 students Ang Pei Xuan, Grace Tan and Grace Fong, Raffles Girls' Secondary School
The project: The students recreated a storm glass - a primitive weather prediction device used about 300 years ago to predict weather based on the appearance of the liquid inside a container.
A cocktail of water, ethanol and camphor is placed in an enclosed beaker. A heater is used to vary the temperature of the solution, which in turn affects the solubility of the three ingredients.
The appearance of the liquid in the storm glass shows the simulated weather conditions. For example, a cloudy appearance signifies an approaching thunderstorm.
The higher the temperature, the more soluble the liquid. Hence warmer, sunnier weather is reflected by a clearer solution.
Smart way to play with viscosity
Mad Mud
Who: Secondary 4 students Manfred Ng, Alvin Lum and Dedrick Tan, Raffles Institution
The project: The container is filled with a 'smart' fluid - a mixture of grease, oil and iron particles, with a pump to ensure the constant movement of the liquid.
Pressing a button activates an electromagnetic field that results in a thickening of the fluid, or an increase in its viscosity.
A pivot placed on the container moves a brush inside it. This creates lines - formed in a pattern - as the magnetic field interacts with the fluid.
A firestorm in the making
Spiralling Fire
Who: Secondary 3 students Zahratur Rafiqab Md Sandisi, Zumro La Mogamadia and Nur Afiqah Osman, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah
The project: Under certain conditions, firestorms can create fast-moving vortices of fire, which spread rapidly. The winds in some of these fire vortices can reach tornadic strengths, effectively creating a fire tornado.
A piece of sponge doused in flammable liquid is placed at the centre of a metal cylinder and lit. The direction from which the air feeds into the flame determines its whirl effect or tornado shape. Strong currents cause the air molecules to spin. The rotating air molecules collide with the hot air rising and the flame twists into a tornado shape. This creates a self-sustaining firestorm fed by the influx of oxygen.
![]()
Photo Caption: (From left) Grace Fong, Grace Tan and Ang Pei Xuan recreated a 300-year-old weather prediction device. -- ST PHOTOS: DESMOND LIM
![]()
Photo Caption: (From left) Alvin Lum, Manfred Ng and Dedrick Tan with their project where an electromagentic field can be activated, causing a thicker fluid.
![]()
Photo Caption: (From left) Zumro La Mogamadia, Zahratur Rafiqab Md Sandisi and Nur Afiqah Osman with their project, which creates a self-sustaining firestorm.
|
Monday, March 5, 2012
Tribute to Mudir, Ustaz Muhd Noor bin Taib
Hari ini genap sebulan Mudir meninggal kami semua
Alhamdulillah asatizah dan para pelajarnya masih bersemangat
demi mudir, mereka meneruskan sedaya upaya perjuangan
walau tanpa beliau di sisi, tapi kerana budinya kami teruskan jua
Ya Allah, kami rindu mudir kami ini
Kami rindu kehadirannya di madrasah
Kami rindu mendengar nasihat dari beliau
Kami rindu dibakar semangat belajar oleh beliau
Ya Allah, rahmatilah beliau
Ya Allah, biarlah beliau rehat di sana
Ya Allah, permudahkan hisabnya
Ya Allah, berilah beliau FirdausiMu
Ya Allah, semoga kami dapat berjumpa beliau lagi di sana..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin
Subscribe to:
Posts (Atom)









