Wednesday, February 8, 2012

Dalam kenangan..Ust Mohd Noor Bin Taib



My one and only mudir :'(
mudir Madrasah Wak Tanjong
Ustaz Mohd Noor Bin Taib



Mudirku yang tercinta,
beruntungnya dirimu mempunyai beribu anak didik
penerus amal jariahmu buat bekalan di akhirat
beruntungnya dirimu di doakan jutaan insan
kerana budi dan jasamu yang telah kau curahkan


Mudirku yang tercinta,
ku kagum dengan semangat juang mu
berjuang demi agama yang tercinta
ku kagum dengan kasihmu pada kami
bagai seorang ayah menyayangi anak-anaknya

Mudirku yang tercinta,
Aku bukanlah pelajar pintar
bukan jua pelajar contoh di madrasah
Tapi setiap kali ku melihatmu
dalam diam diri ini sentiasa mengagumi mu

Mudirku yang tercinta,
kini,sudah masanya untuk dikau rehat
leraikan segala kerisauan mu tentang kami
bergembiralah di sana
lepaskan rindumu pada kekasihmu

Mudir,
kami akan meneruskan perjuangan mu
demi membalas jasamu yang tak terhingga
nasihatmu akan sentiasa terpahat di hati
buat bekalan perjalanan kami dalam menuntut ilmu


Jika Rasulullah sentiasa fikirkan ummatnya
Mudir sentiasa fikirkan anak-anak didiknya
:')
06 February 2012
13 Rabiulawal 1433H