"Kita mahu berehat dalam kubur, tapi kerap berehat di dunia.
Kita tak mahu bermandi keringat di mahsyar, tapi jarang berkeringat di jalan Allah di dunia.
Kita mahu menyeberang titian sirat dalam masa yang singkat, tapi banyak masa di dunia dihabiskan sia-sia.
Kita mahu minum air telaga Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tetapi waktu di dunia selawat terlalu sedikit.
Kita mahu masuk syurga, tetapi tidak pernah keluar dari amalan ahli neraka waktu di dunia." (Ust Hafiz)