Thursday, August 18, 2011

Bismillah..Alhamdulillah...


hari ini sudah masuk hari ke18 Ramadhan :')
Reflection:
What have we done for the past 18 days?
"mari muhasabah, entah kenapa kita masih dihidupkan untuk ramadhan hari ini."-ust Zahid
Apa pula rancangan kita untuk 12 hari lagi sebelum Ramadhan pergi...yang belum jamin kita dapat bertemu dgn nya lagi...
Semoga Ramadhan kali ini tidak disia-siakan.




Sebenarnya apa yang saya nak tulis di bawah mengambil masa yang panjang sebelum saya akhirnya membuat keputusan untuk meng-post nya. takut2 sifat takabbur menguasai diri.
Smoga Allah jauhkan diriku dari sifat keji itu.
Bismillah...
Sejak berakhirnya belajar di madrasah, saya tercari-cari identiti diri saya. Apa yang saya sebenarnya ingin kan.. 'pelayaran' itu saya mulakan dengan menghadiri majlis2 ilmu. Walau sesetengah pihak kata bid'ah dan sebagainya..saya teruskan juga. Pada mulanya, saya tidak memberitahu ibu ayah kerana takut mereka juga tidak mengizinkan(wal hal, sbnr nya mereka sgt mengizinkn sy pergi.. :D ) 


Antara majlis pertama yang saya pergi ialah, majlis ilm Habib Umar Al-Hafiz. Saya menghadirinya sendirian, tanpa memberitahu sesiapa pun. Malah, pada ketika itu, saya tidak tahu siapa sebenarnya Habib Umar,,saya pergi hanya untuk cuba-cuba dan curious..saya dpt rasakan sesuatu bila melihat ramainye org yang hadir. setelah habis majlis, saya pulang..dan hati masih tertanya-tanya siapa dan siapa Habib Umar..
mula lah saya 'research' tentang Habib dan DARUL MUSTAFA! SSubhanallah....baru saya tahu masih ada tempat yang..subhanallah hebat dan indahnya di bumi ini!


Bermula dari ini lah, saya mula ke majlis2 yang lain. Dan nak tk nak, harus bilang ibu ayah supaya setiap kali saya keluar rumah mendapat keredhaan mereka..


Setelah beberapa kali pergi ke sana sini mencari ilmu,lebih2 lagi ketika itu saya belum mula sekolah di poly, saya ditegur: " pergi majlis sana sini tapi solat masih gitu jugak.."


Kata2 beliau bagai satu tamparan. saya harus berubah.. saya harus mantapkan solat.. dan sungguh ia bukan lah mudah..kerana nafsu masih menguasai. pelan2...hingga kini saya masih berusaha memantapkn solat..


Solat..lagi? Sudah masanya saya tingkatkan amalan sunnah..dan lebih cuba memakai pakaian yang lebih sempurna menutup auratnya;seperti tudung yang labuh..kurangkan solekan..
Kurangkn juga mndengar musik yg melalaikn dari mengingatiNya walau sesaat..
Dan alhamdulillah sepanjang 'pelayaran' ini, Allah beri saya kawan2 baru yang sama2 ingin berubah dan ramai lagi asatizah yang saya jumpa yang mnjadi inspirasi saya .
Barakallahu fiihim. 
Sebelum itu, bukan sya tidak ada kawan yang baik dan asatizah yang menjadi inspirasi..ada..ttp kehadiran yang baru lebih membuka hati saya ini...Malah, org pertama yang membuat saya ingin lebih cinta pd Baginda s.a.w adalah ustzh saya sndr dari Madrasah..tazkirah yang beliau buat tentang cinta pada Saidina Al Mustafa membuat saya tertanya-tanya, saya ini cinta atau tidak pada Baginda.....ALLAH....


Semoga Allah merahmati semua kawan2 dan asatizah...Amiin!
'Pelayaran' ini terasa singkat ? adakah saya berubah terlalu drastic? Tidak... saya melakukannya sedikit demi sedikit.. bagi yang rasa ini masih drastic..pelan2 kan lah pelayaran mu.. insyaAllah istiqamah..
Hanya mungkn, bagi saya.. saya takut sgt ajal menjemput dgn tiba2 dan saya masih begitu saja...


Bukankah mati itu Nasihat yang paling baik untuk orang2 beriman! ingatlah..akan mati..sebelum melakukan apa saja.. kerana keredhaan Allah dan Nabiyuna Muhd yang dicari..


Saya tulis ini sekadar perkongsian bahawa setiap manusia boleh berubah jika dia berusaha..walau tanpa teman di sisi di saat penghijrahan itu..
dlm penghijrahan itu, akan kamu rasakan lebih indah hidup ini..hati takkan kosong kerana cinta Allah dan Baginda dan ikhwan filIslam sentiasa ada di hati..


Selamat mulakan pelayaran/penghijraan..semoga destinasi terakhir kita semua adalah di syurga, dekat dgn Baginda s.a.w! amiin