Wednesday, June 22, 2011



Wahai Purnama
Wahai Purnama
Wahai pemimpin para utusan, engkaulah sandaranku
Rahmat dan selawat Allah tercurah atasmu, Ya Rasulullah

Engkau menyinar di alam tinggi
Menerangi kegelapan dan kebatilan
Denganmu alam bergemerlapan
Engkau hadir ketika manusia di dalam kekalutan
Selawat dan salam hanya bagimu, ya Zainal Anbiya

Cintamu, ya Rasul
Cintamu, ya Rasulullah
Cintamu yang ku dambakan
Cintamu pada ummat
Selawat dan salam hanya bagimu, ya Zainal Anbiya

Engkau yang sentiasa berlinangan air mata mencurah kasih pada ummatmu
Selawat dan salam hanya bagimu, ya Zainal Anbiya
Wahai junjunganku, wahai Rasulullah
Wahai insan yang mendapat penghormatan di sisi Allah
Sungguh hamba yang bergelombang dengan dosa telah hadir di sini
Memohon ampun atas noda yang membelenggu diri
Selawat dan salam hanya bagimu, ya Zainal anbiya

Akhir kalammu hanya menyebut, menyeru nama kami
Walau istana syurga menunggumu, engkau tetap merisaukan ummatmu
Kasihmu tiada tandingan ya Rasul
Selawat dan salam hanya bagimu, ya Rasulullah.



via @ http://ministryofselawat.tumblr.com/

Monday, June 20, 2011

Keikhlasan sejati


Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Al-Fath Rabbani

Keikhlasan merupakan pangkal yang menjadi sebab amal diterima. Kerananya, jarang sekali majlis pengajian Syeikh yang tidak menyebutkan tema ini.

Di antara pesannya,

“Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan. Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Jadilah orang yang mengharap redha-Nya.” (hlm 82)

Menurut Syeikh, niat merupakan petunjuk rasa ikhlas. Tuturnya,

“Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia.” (hlm 119)

Kemudian, Syeikh menunjukkan ciri-ciri ikhlas.

“Di antara tanda ikhlas, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain.” (hlm 190)

Ikhlas itu juga tidak disertai dengan rasa sombong.

“Sedikit pun kalian jangan sombong terhadap amal, kerana kesombongan itu dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian itu,” katanya suatu kali. (hlm 201)

Mengapa? Seandainya tidak ada pertolongan-Nya, kita pasti tidak akan pernah mampu bersabar, melaksanakan solat dan berpuasa. (hlm 179)

Monday, June 13, 2011

Bersihkan hati

| Kata Sheikh Usamah:"Hendaklah dibersihkan hati itu agar cahaya2 nabawiah itu masuk ke dalam hati.Kata Seorang sahabat Rasulullah:"kalau hati itu bersih,maka ia takkan puas/kenyang dgn kalamullah".

Kita?rasa cukup dan puas dengan baca sekali pada setiap hari...Allah!Ada sampai tak baca langsung dalam sehari itu.Ya Allah,bersihkan hati2 kami...:"( |

(via متعطش للعلم )



Bersahabat kerana ALLAH


Sebuah hadith yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang tujuh golongan yang akan dinaungi 'Arasy di akhirat nanti. Antara tujuh golongan itu suka pena tekankan di sini sabdanya: "Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

Walaupun ungkapan Rasulullah s.a.w diatas tidak menjelaskan dengan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetapi cukup dengan memberikan kiasan terindah iaitu "bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah". Dua sahabat ini bertemu demi keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan mereka tidak dicemari langsung oleh apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan yang buruk.

Dalam hadith seterusnya Baginda memberikan gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadith di atas. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah s.w.t di akhirat nanti ;
"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku".

Allahu Akbar! Begitu sekali seruan Allah s.w.t dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah Ta'ala.

Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.

Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, "Kemana engkau ingin pergi? "Lelaki itu menjawab: "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. Lelaki itu menajwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu; " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.

Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah kita tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh hadith diatas. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang mendapat redha Allah diakhirat kelak. Untuk akhirnya marilah kita mengenang kisah kasih Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat yang bernama Mu'az bin Jabal: "Ya Mu'az demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu. Kemudian aku ingin berpesan kepadamu, jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut( yang bermaksud) ;" Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadah untuk-Mu".

Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w sendiri memberitahu Mu'az tentang kasih baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian setelah itu baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. Itulah sikap seorang sahabat yang ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin,ya Rabbal 'alamin!


Friday, June 10, 2011

Bismillah..

Perasaan malu tidak akan datang, kecuali dengan membawa kebaikan.
| الحياء لا يأتي إلا بخير | 


-Habib Abdullah B. Alawi Al-Haddad






*Habib Hasan Alkaf like my fb status..walaupun bukan kata2 saya tp ia adalah suatu kemuliaan bagi saya*

Saturday, June 4, 2011

5:41pm

I was studying,emmm MUGGING actually, for the upcoming mid-term tests when i feel like my brain just cant digest anymore. and I feel like talking to these 2 person -->

these two teachers..among the best teachers i have! I met mr Sufi yesterday when i came to sch for badminton :D in fact i met him almost everytime i came to school...! but for the one besides him, Mr Isa..well, i cant even remmber wen was the last time i met him. Now i really10x miss him. i miss talking to him. i miss his jokes :'( 
all I can do is to pray that May Allah bless him always! be in best state of health with his beloved friends,students of course, family!
Hope, the sec4 wont dissapoint him like i did.. 
Rajin?

sejak kebelakang ni ade beberapa asatizah, akhawats yg menegur sy "rajin Atiqah ni"
Dlm hati ku : " andai saja mereka tahu keburukan/kelemahan2 ku..."

Sungguh aku adalah hamba Allah yg dhoif..yg selalu melakukan kesilapan..yg selalu lalai dan alpa..
Ya Allah ku mohon jadikanlah diriku ini bkn shj rajin di pandangan mereka tetapi juga di pandangan Mu Ya Rabbi! Sungguh jauh sekali kerajinan ku jika hendak dibandingkan dengan para Sahabat..jika seandainye amalan seorg sahabat radhiallahu anhu bagai luas nya lautan..diri sy yg hina ini hanya lah bagai sebutir pasir di pantai..jauh..jauh skali :(


_____________________________________________________________________________

Majlis Selawat:

recently ade banyaaakk majlis2 selawat tp iqah tak pergi sbb nk dkt term tests :( tsktsk
sedih sgt2..tp bile minggu sekolah saya diakhiri dgn kelas Syamail Muhammadiyah..sekurang-kurangnya terubat juga rindu pd Saidina Muhd s.a.w 
Alhamdulillah.. dpt mghadiri klas Syamail bagai  satu anugerah yg sgt sgt besar utk diri ini.. terpilih olehNya utk mghadiri klas tersebut dan menjadi anak murid al-Fadhil Ust Muhd Zahid, seorg yg ceria, suka berjenaka dan  seorg yg sgt cinta pd Nabiyina Muhd s.a.w ^_ ^

_____________________________________________________________________________

Perasaan:

| Love is an emotion of strong affection and personal attachment. |

semua orang ingin menyayangi dan disayangi...eventhough i don have any1 spcl now doesnt mean i tk ingin disayangi seorg spcl.. I'm waiting.. Sy masih ade terlalu byk kekurangan.  jadi buat masa ni rasanya lebih baik “suka dlm diam”.
__________________________________________________________

Persahabatan:

dulu we use say to each other imy ily..we tell each other uhibbuki fillah..selalu usik each other..slalu bersalaman bile jumpe.
but now in poly..my frens are majority chinese.we don shake hands ape lagi beri salam or say uhibbuki fillah...

i miss them,.. used to come to sch to visit them...but wen i observe that they are busy,and I feel like as if I'm only disturbing them. seriously... sbb tu sy da jarang dtg sch.
dtg pn klw ade "request" from asatizah..hehh.. sayangg asatizah. slagi sy bole bantu sy bantu <3
as such our frenship sometimes ok,sometimes feelingless..sometime........hmmmm...i just wonder if they miss me n yana n ct n zum n fafa n yunis... =')

Smoga ukhuwah yg trjalin lebih 10thn tu akn kekal..akan terus dibasahi airmata rindu....




Saturday, May 28, 2011

Bismillah..

Hari ini, airmata kegembiraan jatuh ke pipi mengingatkan network ukhuwah semakin meluas :) Mungkin ini adalah perkara biasa bagi sesetangah insan tapi bkn utk saya.
Sebagai seorang yg dulunya kurang sekali keyakinan diri dan selalunya hanya berdiam diri di khalayak ramai..Kini, saya selalu memaksa diri untuk menghadiri majlis2 atau any events yg mmg saya ingin pergi yg dahulunya sy tolak kerana tiada teman yg ingin menemani..

Mula dr tahun ini, sy mula dgn pergi ke majlis2 selawat dan talk2 para asatizah sendirian.
Saat itu saya hanya pergi dan terus pulang kerana tiada teman utk diajak bbl.
ttp, pelan2, slps beberapa event yg interaktif sy mula dpt rakan baru. seronok melihat youth2 masjid berukhuwah. Ketika menjadi relief ustzh juga sy kenal lebih ramai insan dan yg pntg anak2 murid yg suci dan adik2 p6 yg sgt dsyangi =))
Berbual dgn makcik2 yg peramah juga menghiburkan! :D
Tak lupe juga kelas Syama'il Muhammadiyah! pergi sana seorg diri lagi tp jumpe seniors..kak abidah n cher maryam.. and Razinah and her kakak..and other akhawat~
2nd-4th week, jumpe Sakinah, Cik Shahnaz and Cik Shahidah pulak..tak lupe juge Kak Surati,kenal thru fb. hehh

Alhamdulillah, ramai juga sbnrnye akhawat dan ikhwan yg sy kenal thru FB kmdn baru, dgn takdir Allah yg indah, kami bertemu di majlis2 ilmu <3 Syukran Ya Allah!!

Hari ini juga sy menangis kerinduan.. ='(
Minggu ini byk majlis sy tak hadir sbb nk dkt term test ..Allah ='(
Rinduuu padamu ya Habib!Ya Saidina Muhd!
Sy kira dgn melihat gmba Mekah dan Madinah, tmpt kelahiran Baginda dpt terubat rindu rupanya ia menambah kerinduan ini!! Allah!!
Hamba ingin ke sana... ingin skali bertemu Saidina Muhd!
Jgn lah hidup ku ini sia-sia kerana byknye dosa shingga aku tdk bertemu Mu dan habibMu di sana nnt-

Allahu Allah, smpikan salam rindu ku pada KekasihMu ,Muhd s.a.w....

Saturday, April 2, 2011

Tak nak mengajar? tak minat?
takde confident?
haha..kelakar pulak bila terigt kembali apa yang saya kata bile disuruh mengajar.
still remember the first time mengajar at Ennaeem. seronok,stress,maen kejar2 dgb bdk2
Tapi, dgn pengalam ni lah timbulnya rasa percaya diri dan minat untuk mengajar.

kini, memandangkan saya ada banyak waktu lapang, saya bagi hai isnin dan khamis untuk ke mwti, dan mengadakan sesi belajar dgn adik2 p6.
oh, yg membuat saya sgt ingin mengajar mereka dan menjdai rakan mereka ialah bila kem mendaki. =)
kenangan kenangan~

semoga, suatu hari sy dpt menjadi seorang guru/teacher/ustazah yg baik..klw bkn utk pelajar2, utk anak2 sy sndr nnt insyaAllah =D